Tiada bukti anak VIP dan Menteri sertai PLKN - Malaysiakini

26 October 2008

no2umno | Sejak awal lagi, aku tak nampak sebarang bukti yang jelas bahawa anak VIP atau menteri ada menyertai PLKN.


Dan sebagai bukti yang cukup mudah, korang pergi ke tempat menghantar anak anak ke PLKN. Disana korang pandang bentuk dan jenama kenderaan yang kebanyakannya adalah kenderaan kelas pertengahan. Tiada sebarang kenderaan yang mempunyai pemandu khas ataupun kelibat VIP yang datang hantar anak mereka. Tiada kenderaan mahal dan berjenama.

Maka .. boleh di pertahankan bahawa tuduhan ini tiada anak anak VIP dan Menteri sertai PLKN, mungkin benar.

Hari ini JLKN bagi alasan lagi ...

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) hari ini menafikan dakwaan bahawa anak-anak orang kenamaan (VIP) boleh dikecualikan daripada mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pemilihan pelatih-pelatih PLKN dari seluruh negara dilakukan secara rawak dengan menggunakan sistem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

''Kami tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengecualikan mana-mana pelatih daripada mengikuti PLKN dan mereka yang telah dipilih perlu menghadirkan diri setelah menerima surat pemberitahuan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JLKN di sini hari ini.
Setakat bagi alasan .... buktinya mana? Kita bukan bodoh untuk terima alasan sedemikian sedangkan tiada kenyataan. Berikan senarai penyetaan mereka yang lepas lepas.

Jelaskan .... anak menteri mana dan anak VIP mana yang sertai PLKN?

1 Comment:

bn haramjadah said...

Najib dan hisshammuddin, mana lu punya anak, semua luar negeri, sepatutnya dia orang mesti pergi dulu itu khidmat negara , mengapa tiada? takut nanti dia mati kot. haramjadah betul, anak siapa yang terbanyak pei khidmat negara, anak orang biasa.