Benarkah Rosmah Mansor pembunuh sebenar Altantuya..? - Malaysiakini

03 November 2008

sabahdaily | Saya mendapat maklumat terbaru ini semalam semasa sedang menanti kawan di Mid Valley. Tiba-tiba saya mendapat panggilan talipon dari seorang kawan. Panjang pula cerita kawan saya ni. Penat berdiri, saya mencari tempat untuk merehatkan kaki yang letih.

Saya duduk di kerusi paling tepi di sebuah coffee house. Setelah selesai berbual dengan kawan melalui handphone, saya menikmati ‘cappucinno’ sambil menyedut racun ‘Sampoerna’, racun berjadual kegemaran saya.

TUTUP MUKA… Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dari Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, beredar daripada Mahkamah Tinggi selepas diperintahkan membela diri pada perbicaraan kes bunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

………………………………

“Razak Baginda dah lepas bebas

“Aku dah agak, ini semua sandiwara Najib”

“Dua ekor kambing hitam tu pun sebenarnya bukannya Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar”

“Engkau biar betul”

“Betul, kalau si Bala tu pun, Rosmah bolih umpan 5 juta dan hantar dia ngan family dia ke India. Ini setakat Azilah dengan Sirul, Rosmah kentut je lintang pukang dia orang lari” “Engkau ingat Najib tak boleh buat kerja ni semua ke? Dia ada kuasa, beeb. Apa Rosmah cakap mana Najib berani nak beta”

“Sial betul si Rosmah tu. Takde ati perut”

“Apalah kau ni. Apa pulak si Rosmah tu takde ati perut. Ada! Hati ada. Perut pun ada. Tapi pekong macam bangkai anjing”

“Kesian Azilah ngan Sirul, tak pasal-pasal jadi mangsa”

“Hello kawan, yang dua orang tu bukan Azilah dengan Sirul lah. Entah mamat gian mana entah dia orang cekup, jadikan mangsa. Ini semua berlakon je beeb”

“Iya ke”

“Dah betahun kes ini, muka dia dua orang tu berselubung memanjang. Idea siapa ni kalau bukan idea Rosmah?”

“Betullah. Kenapa yek? Kenapa dua orang tu tak pernah nampak muka dia kat paper?”

“Itulah aku cakap, ini drama. Bukan kat paper je tak nampak muka dia. Engkau bayangkan dalam mahkamah pun muka dua ekor tu berselubung. Aku pergi mahkamah, aku sendiri tengok dua ekor berselubung. Kalau wartawan pun tak nampak, camana kau nak nampak. Yang bunuh Altantuya tu sebenarnya si Rosmah sendiri. Orang kampong aku kat Ulu Bendul pun tau kes ni. Memang dia orang sendiri dengar cerita sahih dari member-member polis dia orang”.

“Celaka punya Najib, bini dia buat kerja camni dia biarkan. Macamana nak jadi PM ni?”

“Sebab dia nak jadi PM tu yang dia sanggup buat camni. Kalau tidak bini dia telan bola dia dengan dia-dia sekali. Engkau tau tak, Rosmah tu yang gila sangat nak jadi bini perdana menteri”

“Razak Baginda dah selamat. Abis tu Azilah dengan Sirul nak jadi apa?. Kena hukum bunuhke?”

“Memang dua orang tu kena hukum gantung sampai mati. Tapi yang digantung sampai mati tu bukannya Sirul ngan Azilah. Mamat yang dia orang hayak ke hulu ke hilir tu bukan Sirul. Bukan Azilah. Mamat tu dah memang kena hukum jantung pasal kes lain. Malaysia beeb, semua bolih. Kes mati pun dia orang bolih pusing terbalik”

“Memang puaka betul si Rosmah ni. Apa punya Najib dapat bini camni”

“Engkau marah, caci maki si Rosmah buat apa?. Dah betullah apa yang dia buat tu. Orang dah bagi laki dia kuasa. Dia gunakanlah sepenuhnya. Yang patut engkau marahkan ialah orang UMNO yang bebal macam keldai tua. Buat apa orang UMNO pegi sokong dia?. UMNO tu yang celaka”…

………………………………

Dailog di atas saya curi-curi dengar dari perbualan dua lelaki yang duduk di meja sebelah saya.

Kepada yang amat saya kasih, Datin Seri Rosmah Mansor, perempuan yang solid molid dan Datuk Seri Najib Razak, itulah persepsi rakyat terhadap apa yang berlaku. Sekarang adalah menjadi tanggungjawab kalian berdua untuk membesihkan nama kalian.

Membersihkan nama bukan dengan cara menangkap penulis blog atau rakyat yang bersangka buruk terhadap kalian. Bukan dengan cara menghadiahkan ISA kepada rakyat yang menuntut keadilan. Kalian wajib dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah berkaitan segala pertuduhan yang telah dibuat oleh Raja Petra terhadap kalian.

Rakyat telah benar-benar percaya angkara pembunuhan Altantuya ini adalah plot cerita yang dilakonkan oleh kalian berdua.

Di bawah ini saya perturunkan titipan dan persepsi pengunjung kerajaanrakyat.com dalam isu ‘Pembunuhan Altantuya’ dan rancangan pembelian ‘Eurocopter’ terhadap Rosmah Mansor, Najib Razak dan system perundangan Malaysia seluruhnya.

Dipetik dari: Tranungkite & http://kerajaanrakyat.com/

Kes Rompakan, Anak Sendiri Terlibat Tapi Adnan Masih Belum Buat Laporan Polis - Malaysiakini

Pahangdaily | Sebelum ini kami pernah mendedahkan perihal kes rompakan di rumah MB Pahang Adnan Yaakob. Kejadian yang berlaku beberapa hari selepas sambutan Aidil Fitri itu cukup membuatkan Adnan begitu marah dan teruja. Maklumlah, kami difahamkan wang tersebut telah diberikan oleh "orang-orang tertentu" ikut jalan belakang bagi tujuan meraikan majlis perkahwinan Anak MB itu hari semalam. Kecurian yang disedari oleh Adnan itu ternyata satu tamparan hebat buat dirinya, ini kerana kehilangan wang tersebut adalah dalam nilai yang banyak bahkan wang yang diambil oleh perompak itu pula adalah dalam satu karung guni yang terdapat dalam sebuah bilik khas dirumah MB itu. Di sini, jelas sekali kepada kita bahawa Adnan Yaakob telah terlibat dengan rasuah dan penyelewengan secara nyata. Memang kita tahu, wang tersebut mungkin sebagai hadiah hari perkahwinan anakandanya. Namun beliau juga harus sedar yang pemberi hadiah terbabit sudah pasti akan mendapat projek "sorong tarik" antara mereka. Maknanya Adnan akan termakan budi dengan pihak terbabit buat selamanya selagi beliau menjadi MB.

Pendedahan kami tentang hal ini, sedikit menggemparkan Wisma Sri Pahang baru-baru ini. Ramai yang tertanya-tanya apakah berita ini benar atau palsu. Mereka juga terkejut dan tidak menyangka yang Adnan tergamak menerima dan menyimpan wang yang banyak didalam rumahnya. Kenapakah beliau tidak menyimpan wang tersebut di bank ataupun mana-mana agensi yang berkaitan. Tambahan pula Adnan sehingga ke hari ini masih belum membuat laporan polis atas kehilangan wang tersebut. Siasatan kami sebelum ini mendapati bahawa kecurian wang tersebut ada kaitan dengan "orang dalam". Rakyat Pahang masih ingat tentang penemuan wang dalam guni atas syiling rumah MB di zaman Khalil Yaakob dulu. Maka itulah agaknya perompak "bertopeng" yang bertugas dalam rumah MB kali ini, merasa terlalu rugi jika tidak mengambil wang tersebut. Tambahan pula, difahamkan Adnan menyimpan berguni-guni wang yang nilainya pasti jutaan ringgit dalam bilik tersebut.

Al-Kisah, laporan polis tidak dibuat dan kejadian ini tidak didedahkan kepada media arus perdana. Namun, akhirnya media alternatif seperti Pahang Daily telah berjaya menyelongkar perkara ini. Sesungguhnya pembongkaran kami itu telah membuatkan Adnan Yaakob sedikit gementar dan gusar dengan apa yang berlaku. Beliau sangka kes rompakan itu adalah isu kecil dan hal dalaman. Tambahan pula dipercayai perompak terbabit adalah merupakan kakitangan yang bertugas dalam kediaman beliau. Maklumat diterima, semua kakitangan yangbertugas telah diberi cuti dan disiasat oleh pihak mereka secara "off record". Tiada laporan polis dan tiada pihak yang tampil membuat kenyataan kes ini kepada media. Hasilnya, ramai lagi rakyat Pahang yang masih "menghormati" dan "tunduk kasih" kepada MB Pahang itu. Adnan merupakan exco Agama, namun sikap dan keperibadiannya jauh sekali dari sepatutnya. Beliau bukan sahaja digelar "MB Samseng" malahan juga merupakan MB yang telah menyebabkan negeri Pahang bakal muflis akibat saman RM60 juta yang dikenakan oleh sebuah syarikat pembalakan baru-baru ini.

Gempar: Anak MB Sendiri Terlibat Rupanya

Maklumat terbaru yang kami terima tentang isu rompakan ini ialah seorang "dalang" yang terlibat dalam kes ini kini sudah "diasingkan" atau "dikuarantin" kerana ia melibatkan pekerja yang baru bertugas secara rasmi di kediaman MB itu. Manakala itu, semua pekerja senior yang turut disiasat kini sudah memulakan tugas mereka seperti biasa. Namun, perkara ini tidak boleh Adnan selesaikan begitu sahaja tanpa membuat laporan polis. Ini kerana kes rompakan itu melibatkan satu jumlah wang yang besar. Pekerja yang terlibat itu, sudah pun membuat pengakuan. Namun, satu berita gempar yang kami terima rupa-rupanya rompakan ini turut melibatkan anak MB sendiri yang baru melangsungkan perkahwinannya semalam. Beliau adalah "master mind" dalam merompak harta dan wang rasuah "bapaknya" itu.

Kami difahamkan anak MB yang berkahwin semalam itu tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Dia hanya "makan tanggung" hasil ikhsan bapanya yang bergelar MB Pahang itu. Maka itu, kemungkinan besar beliau mencaturkan rompakan ini bagi membolehkannya mendapat sejumlah wang yang besar untuk berbulan madu dan menyara kehidupan selepas mendirikan rumahtangga nanti. Justeru itulah beliau terpaksa merompak duit ayahandanya sendiri, yang beliau tahu adalah duit "rasuah" ataupun "duit haram". Mungkin juga ia mahu digunakan juga untuk berpoya-poya dengan teman wanita oleh salah seorang lagi anak Adnan yang masih bujang. Anehnya, hanya pekerja yang bersubahat itu sahaja yang menerima hukuman. Sebaliknya Adnan tidak langsung menghukum anaknya bahkan membiarkan ia bebas sebebasnya beliau pun telah melakukan rompakan itu. Mungkin juga Adnan menganggap "anaknya itu tidak bersalah" agaknya. Tambahan pula wang yang dikatakan berjumlah mencecah RM2 juta itu adalah wang "bapaknya" sendiri. Maka itu ia adalah hal keluarga, pada pandangan Adnan.

Anakku Sazali: Bapa Borek Anak Rintik

Misteri yang perlu dibongkarkan ialah dari mana Adnan memperolehi wang sebanyak RM2 juta itu secara tunai?. Kenapa wang tersebut tidak disimpan dimana-mana bank? Apakah ia memang benar "wang haram" dan "wang rasuah". Jika ini berlaku, ternyata Adnan adalah "pengkhianat". Beliau hanya bertopengkan "kealimannya" untuk mengaburi mata rakyat Pahang. Sebaliknya beliau juga adalah perompak seperti anaknya itu sendiri. Ini bermakna Adnan rompak wang rakyat dan anaknya rompak wang Adnan. Makanya inilah dia yang dinamakan "bapa borek anak rintik". Inilah dia juga saling tak tumpah seperti apa yang berlaku dalam filem P.Ramlee "Anakku Sazali" dulu. Kami difahamkan juga pekerja terbabit dan anak MB itu banyak menyimpan rahsia tentang penyelewengan dan wang yang disimpan dalam rumah kediaman Menteri Besar Pahang itu.



Masih Ingatkah lagi berita sedih tentang kedhaifan sebuah keluarga Melayu di Pahang yang bertajuk “Keluarga hidup dalam ‘reban ayam’” yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian satu ketika dulu. Zakaria Deraman bersama isterinya Nurhamizah Mat Jusoh dan lapan orang anak mereka terpaksa tinggal dalam sebuah rumah yang tidak ubah seperti reban ayam di kawasan bekas lombong, jalan Kuantan-Muadzam Shah dekat Gambang dalam negeri Pahang. Maka itu Adnan harus ingat, suara rakyat adalah suarat keramat. Beliau naik kerana rakyat dan jangan beliau sombong dan mendabik dada menongkat langit, seolah-olah akan berkuasa buat selama-lamanya. Oleh itu, beliau harus dan perlu ingat nasib rakyat. Rakyat disuruh berjimat cermat, sedangkan dalam masa yang sama beliau membazirkan wang rakyat. Kami mendapat maklumat juga, Adnan telah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk majlis perkahwinan anaknya semalam. Rakyat hidup dalam reban, tapi Adnan berjoli sakan. Semoga rakyat Pahang akan bangkit melihat apa yang kami paparkan ini. Lakukan perubahan ke arah membawa keadilan untuk seluruh rakyat, bukan hanya untuk penyokong mereka sahaja. Inilah amalan tradisi puak-puak UMNO sejak dulu, kini dan selamanya.
[Justeru itu, rakyat Pahang berhak mendapat penjelasan sebenar tentang isu ini. Tambahan pula ia jelas sekali melibatkan moral dan kepimpinan kerajaan negeri Pahang sendiri. Ini bukanlah kes "curi ayam kampung" atau "curi jambu di kebun", sebaliknya ialah adalah soal maruah dan kreadibiliti negeri Pahang sendiri. Apakah kita sanggup mempunyai MB yang seperti ini lagi?. Khabaran yang diterima nasib Adnan mungkin agak gelap jika Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Ini kerana Najib akan melantik orangnya iaitu Jamaluddin Jarjis untuk mengambil alih pula tampuk kepimpinan negeri Pahang. Jika ini berlaku Adnan akan terpinggir dan bakal sedih mengenangkan nasibnya nanti].

Umat Islam dibelenggu pelbagai fitnah - Malaysiakini

Oleh : Ustaz Zainudin Hashim
syukran | Sesungguhnya fitnah merupakan satu elemen yang cukup bahaya, apatah lagi fitnah terhadap agama yang boleh menjurus kepada hukum membunuh, kerana al-Quran ada menegaskan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. (maksud ayat 191 dan 217 surah al-Baqarah).

Baginda Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan dalam salah satu hdinya yang bermaksud : ?Bersegeralah lakukan amalan-amalan yang baik-baik (jika ia di waktu siang jangan tunggu hingga menjelang malam yang gelap gelita), kerana ia akan menimbulkan fitnah, seperti seorang lelaki di mana pada waktu pagi dia seorang muslim dan apabila menjelang petang atau malam dia menjadi seorang kafir pula, dia menjual agama kerana kepentingan dunia yang terlalu sedikit.? Hadis Sohih riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Tirmizi daripada Abu Hurairah.

Apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. menerusi hadis di atas ialah terdapat orang Islam sendiri yang melakukan fitnah dengan tindakannya terhadap agamanya sendiri semata-mata mengecapi habuan dan janji dunia yang bersifat sementara, sedangkan fitnah yang dilakukannya benar-benar mencabar agama yang dianutinya dan menjadi bahaya kepada pegangan akidah dan kepercayaan kepada Allah SWT selaku Pencipta alam maya ini.

Fitnah yang terjadi itu boleh berlaku kerana orang yang terlibat itu sama ada benar-benar tidak memahami atau memiliki ilmu-ilmu fardu ?ain ataupun kerana berhasrat meraih kepentingan dengan penampilan agama, atau memang di kalangan orang-orang munafiq, ketiga-tiga kategori manusia itu dianggap golongan yang jahat kerana mahu memburukkan Islam.

Jenis-jenis fitnah terhadap agama Islam

1- Fitnah melalui kepimpinan negara. 2- Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan. 3- Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian. 4- Fitnah melalui ungkapan. 5- Fitnah melalui penulisan. 6- Fitnah melalui iklan produk. 7- Fitnah melalui penglibatan dalam sukan dan hiburan. 8- Fitnah berbangga kerana berjaya memperbanyakkan bilangan masjid. 9- Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat. 10- Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam yang mulia. Fitnah?..oh fitnah?..dan banyak lagi.

1- Fitnah melalui kepimpinan negara.

Terdapat para pemimpin negara-negara umat Islam, yang tidak segan silu untuk mengisytiharkan bahawa mereka telah melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbiran negara dan boleh dikatakan negara mereka adalah sebuah ?Negara Islam?, sedangkan pada masa mereka mentadbir dengan sistem Sekular, Kapitalis, Sosialis dan lain-lain.

Yang tidak menampakkan Islam secara jelas, isteri-isteri mereka tidak memakai hijab (tudung kepala) serta menutup aurat dengan sempurna, tidakkah tindakan mereka itu telah memfitnah Islam secara langsung di hadapan orang-orang bukan Islam yang keliru dan terus keliru.

2- Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan.

Tidak kurang juga terdapat golongan ahli ilmu agama ketika sedang menuntut satu ketika dahulu, telah menanam hasrat untuk lulus cemerlang agar pulang nanti ditawarkan jawatan yang selesa, tetapi pada masa yang sama mereka lupa bahawa ketika menyandang jawatan penting di jabatan keagamaan, mereka tidak menjalankan tugas dengan sempurna, membiarkan perkara mungkar terus berlaku (takut nak tegur kerana bimbang tidak dinaikkan pangkat atau ditukar ke jabatan lain).

Tidak cukup dengan itu, idea untuk menyatakan perkara-perkara makruf agar jadi program utama pun terkadang-kadang tidak berani untuk dilakukan, bimbang dilabel golongan yang melawan pihak atasan, akhirnya masyarakat jadi keliru kerana golongan ahli agama pun bercakap tidak serupa bikin.

3- Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian.

Disebabkan kerana kurang pendedahan maklumat agama, sama ada tidak mahu duduk dalam majlis ilmu agama atau ceramah, maka ramai di kalangan orang Islam dalam negara Malaysia ini memperlihatkan penampilan diri mereka benar-benar tidak Islamik langsung.

Ada di kalangan golongan remaja Islam yang bertatoo, menampakkan pusat (perempuan), bergelang tangan, berantai dan bertindik (yang lelaki), mencukur bulu kening, memakai rambut palsu, yang perempuan menyerupai lelaki atau yang lelaki menyerupai perempuan.

Cara bercakap seperti orang bukan Islam, berlepak, merempit tanpa hala tuju hidup, mendurhaka dan melukai perasaan kepada ibu bapa, menyakiti jiran dan banyak, tidakkah semua tindakan itu fitnah terhadap Islam, kerana Islam tidak pernah mengajar penganutnya berbuat demikian.

4- Fitnah melalui ungkapan.

Terdapat di kalangan orang Islam yang memfitnah Islam dengan ungkapan mereka seperti kata-kata : Islam tidak relevan pada zaman orang mengejar Sains dan Teknologi, undang-undang Islam seperti hudud, qisas, takzir dan lain-lain sudah tidak sesuai pada hari ini, ia hanya boleh dilaksanakan di padang pasir di zaman Rasulullah s.a.w.

5- Fitnah melalui penulisan.

Terdapat juga segelintir penulis yang pro aliran songsang yang memperlekeh hukum-hukum Islam dalam blog, rencana atau buku-buku tulisan mereka, ia disifatkan sebagai satu tindakan berani kerana mereka tahu bahawa tindakan itu tidak akan dikenakan apa-apa.

6- Fitnah melalui iklan produk.

Satu lagi fitnah yang tidak dapat dikawal akibat kelemahan para pemimpin negara ialah kecenderung syarikat-syarikat mempromosi produk mereka dengan menggunakan khidmat model-model Melayu/Islam, ada yang mendedahkan aurat, kepala semata-mata untuk menunjukkan bahawa produk mereka cukup berkesan tiada tompok-tompok hitam di badan model.

7- Fitnah melalui penglibatan dalam sukan dan hiburan.

Para atlet negara termasuk yang angkat berat disertai atlet muslimah yang cukup menggiurkan ketika menunjukkan aksi mengangkat berta, termauk dalam sukan jimrama, renang, hoki dan lain-lain.

Begitu juga pendedahan aurat di kalangan penghibur seperti penyanyi, pelakon, pelawak wanita juga tidak kurang yang memakai pakaian yang tidak sesuai dengan jenama mereka sebagai orang Islam. Semua itu dianggap memfitnah Islam kerana menggambarkan seolah-olah Islam membenarkan tindakan itu.

8- Fitnah berbangga kerana berjaya memperbanyakkan bilangan masjid.

Satu lagi fitnah di akhir zaman ini ialah terlalu berbangga dengan bilangan masjid yang banyak, tetapi kosong dengan pengajian agama, malah terdapat pula replica masjid yang menelan blanja jutaan ringgit tetapi tidak boleh solat Jumaat di dalamnya.

9- Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat.

Ramai di kalangan pekerja Islam, bukan yang menceburi bidang binaan, yang bekerja dalam bilik berhawa dingin pun tidak melakukan solat fardu atau Jumaat, terdapat scenario di mana ada pekerja muslim di sebuah kilang ditegur majikan yang bukan Islam mengapa mereka tidak pergi menunaikan solat Jumaat.

10- Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam yang mulia.

Disebabkan tidak menguasai dengan baik ilmu-ilmu fardu ?ain, maka ramai di kalangan individu Islam tidak bercakap benar, melakukan pecah amanah berjuta ringgit, rasuah, penipuan, menggelapkan wang tabung haji dan sebagainya, menunjukkan sikap dan akhlak orang Islam sangat kritikal, sekali gus ia memfitnah agama Islam yang suci.

Sesungguhnya mereka itu semua berdosa di hadapan Allah kerana tidak menunjukkan sesuatu tindakan yang baik terutama kepada golongan yang lebih muda ataupun di kalangan bukan Islam yang merasakan Islam menjana kegiatan yang tidak bermoral.

Justeru, asas kepada pengukuhan jati diri muslim bersama agama Islam dalam apa jua keadaan, sama ada ketika Islam berada di puncak atau sedang berada di bawah, namun dia tidak akan berganjak walau setapak pun kerana begitu yakin bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang diperakui benar di sisi Allah SWT.