Tahniah, Artikel Di Blog Pahang Daily Mendapat Ulasan Penganalisis Politik Terkenal !! - Malaysiakini

27 October 2008

Pahangdaily | Biarpun baru beberapa bulan Blog Pahang Daily dilancarkan, namun nampaknya kini blog ini semakin mendapat perhatian dari kalangan rakyat. Bahkan lebih membanggakan, ia bukan sahaja dikunjungi oleh orang biasa malahan turut melibatkan orang kenamaan, pemimpin politik, golongan korporat, mahasiswa dan juga para penganalisis politik tanahair. Sesuatu yang amat membanggakan kami dan seluruh warga kerja Pahang Daily sebenarnya. Dengan tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap, namun kini kami mampu menjadi satu wadah perjuangan alternantif untuk mengimbangi pemikiran rakyat secara keseluruhannya.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada semua pembaca yang sudi berkunjung ke blog ini setiap hari. Sokongan itu menguatkan lagi iltizam kami untuk meneruskan perjuangan di alam siber ini. Disamping itu juga kami merasa sungguh teruja bila mendapat banyak email yang dihantar oleh beberapa buah majalah tabloid dan akhbar harian terkenal di negara ini yang berhasrat untuk menawarkan satu ruangan khas dalam akhbar mereka kepada pihak kami. Penghormatan ini amatlah dihargai dan kami masih lagi belum bersedia ke arah itu. Tambahan pula masa masih belum mengizinkan ke arah itu.

Namun, semalam kami begitu terkejut apabila dimaklumkan bahawa salah seorang penulis dan penganalisis politik terkenal negara iaitu Datuk Ibrahim Yahya (foto) yang mempunyai kolum khasnya dalam akhbar Sinar Harian telah membuat ulasan berkenaan artikel dari Pahang Daily. Menerui artikel yang bertajuk "Wartawan Jangan Cakap Bohong" dalam kolumnya "Belang Bertempat", muka surat N15 akhbar terbabit beliau telah mengulas berkenaan "Manifesto Datuk Seri Najib Razak berhubung dengan tawaran merebut jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu Mac 2009 nanti".

Diakhir ulasan tersebut beliau menyeru rakyat di negara ini supaya menolak tabiat berbohong dan membuat laporan palsu berhubung dengan bidang kewartawanan. Media yang melakukan kesalahan seperti ini perlu diketepikan daripada senarai bahan bacaan atau membeli produk mereka. Ini penting katanya untuk memastikan tabiat pembohongan dan penipuan itu tidak terus berleluasa menjadi budaya rakyat Malaysia, apatah lagi membabitkan usaha memperlekehkan dan mencemarkan imej pemimpin tertinggi kerajaan. Tindakan pantas pejabat Timbalan Perdana Menteri menafikan laporan berkenaan adalah langkah terbaik untuk mengetepikan "laporan sampah" itu agar tidak percaya dan prasangka buruk terhadap kepimpinan negara katanya.

Secebis Jawapan Di Sebalik Teguran


Kami amat berterima kasih dan mengucapkan tahniah atas komen yang dibuat oleh Datuk Ibrahim Yahya. Menurut maklumat, beliau adalah merupakan bekas seorang wartawan dalam beberapa buah media perdana tanahair, sebelum menjadi perunding berita RTM. Beliau kini telah menjadi penulis bebas. Soalnya disini, apakah benar laporan yang kami siarkan itu adalah "laporan sampah" sedangkan jika ia benar pun apa masalahnya?. Datuk Ibrahim menuduh kami tidak beretika, ini bermakna media arus perdana beretika?. Itu yang dimaksudkan?. Beliau harus sedar bahawa rakyat sudah mula bijak dengan segala apa yang berlaku terutaman yang berkaitan dengan politik semasa tanahair. Kami bertindak atas dasar maklumat tersebut dianggap "relevan" dan terdapat profail TPM yang turut menyatakan beliau adalah "Ahli Korporat FreeMason Malaysia". Apakah laporan profail itu juga tidak benar?. Soalnya siapakah yang mendedahkan perkara itu. Kenapa tidak dibenarkan pihak polis untuk menyiasat kes terbabit. Pejabat TPM menafikannya, bukanlah bererti kenyataan itu tidak benar !!.

Sebagai contoh, TPM sebelum ini menyatakan bahawa beliau tidak pernah bertemu dan kenal dengan Saiful Bukhari Azlan, iaitu kononnya mangsa liwat terbaru Anwar. Tetapi selepas itu keluar gambar Saiful dengan Khairul Anas bergambar kenangan dihadapan pejabat TPM akhirnya Najib mengakui bahawa Saiful ada berjumpannya atas urusan biasiswa. Walhal sebelum itu beliau menyatakan tidak pernah kenal dengan Saiful?. Apakah Datuk Ibrahim tidak melihat perkara ini dengan "mata hati". Kami tahu jiwa dan mindanya masuk didalam acuan UMNO dan BN, tambahan pula melihat profail beliau yang pernah berkhidmat dengan beberapa buah akhbar arus perdana dan juga RTM.

Media Perdana Juga Banyak Berbohong

Maknanya beliau adalah salah seorang wartawan yang telah banyak memeseong jiwa rakyat sebelum ini. Banyak laporan berat sebelah dan penipuan sebenarnya dikeluarkan oleh media arus perdana. Terbaru, berkaitan dengan isu perkauman yang melibatkan pemimpin pembangkang. Akhbarlah yang telah memutar belit cerita yang mana menyebabkan Ahli Parlimen Seputeh, Teressa Kok telah bertindak menyaman Utusan Malaysia dengan jumlah RM30 juta baru-baru ini. Begitu juga dengan tindakan speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, yang melarang wartawan akhbar Berita Harian membuat laporan perjalanan sidang dewan itu baru-baru ini. Ia berkaitan dengan salah lapor berkenaan "Sultan Murka Kerajaan Negeri Kelantan", walhal laporan sebenar adalah jauh sekali berbeza.

Sikap akhbar arus perdana terutamanya Utusan Malaysia ini, bukan sahaja tidak disenangi oleh pemimpin pembangkang malahan juga pemimpin UMNO sendiri seperti MB Pahang Adnan Yaakob. Beliau telah beberapa kali mencemuh dan mengherdik wartawan Utusan Malaysia yang melaporkan perkara yang tidak benar tentang kenyataannya ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang berlangsung. Perkara ini telah dihebahkan dimedia-media arus perdana sendiri. Bahkan ia dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia. Ini bermakna media arus perdana juga banyak melaporkan "pembohongan" kepada rakyat sebenarnya. Maka berbalik kepada isu "manifesto Najib" itu, kita tidak sepatutnya terlalu yakin dengan "penafian" yang dibuat oleh pejabat TPM sebenarnya.

Tambahan pula jika ia dikeluarkan oleh Pegawai Khasnya iaitu Khairil Anas yang bergambar dengan Saiful Bukhari itu. Banyak perkara yang dinafikan oleh Najib sebelum ini, seperti kes Altantunya, komisyen kapal selam dan pesawat Shukoi serta yang terbaru berkaitan dengan pembelian Eurocopter. Semuanya dinafikan yang beliau terlibat, walhal majoriti rakyat tidak yakin dengan pengakuan tersebut dan mahukan Najib disiasat. Jika beliau yakin tidak bersalah maka seharunya beliau disiasat dengan adil dan telus. Pihak mahkamah juga perlu memanggilnya sebagai saksi dalam kes Altantunya, kerana acapkali namanya disebut dan dikaitkan dengan kes itu. Namun, apa yang berlaku hanya sekadar penafian dan tiada tindakan oleh pihak berkuasa terhadap beliau.

Penafian Bukan Bererti Tidak Benar

Kenapa, dalam kes Anwar Ibrahim bila mantan TPM itu menafikan beliau terlibat dengan kes liwat Saiful pihak polis begitu cepat menyiasat dan mahkamah mengeluarkan pendakwaan. Walhal ianya hanya sekadar bergantung kepada satu laporan polis yang dibuat oleh seorang anak muda yang belum tentu diakuik ia benar atau tidak?. Samalah kepada Najib, sudah banyak laporan polis dibuat terhadap beliau. Namun kenapa beliau tidak didakwa dimahkamah? Apakah cukup dengan beliau sekadar menafikan dirinya terlibat maknanya beliau tidak bersalah?. Apakah ada undang-undang lain pula untuk setiap rakyat Malaysia?. bagi yang menyokong kerajaan mereka boleh melakukan apa sahaja. Mereka bebas menafikan penglibatan dalam kes-kes tertentu biarpun ada laporan polis terlah dibuat. Bagi yang menyokong parti pembangkang maka mereka tidak akan dibebaskan dari hukuman sekiranya didapati ada laporan polis dibuat. Inikah namanya amalan demokrasi di Malaysia?. Malu rasanya menjadi rakyat dalam sebuah negara berdaulat seperti ini.

Apakah Datuk Ibrahim Yahya sedar akan perkara ini?. Justeru itu berfikiranlah secara rasional. Sudah menjadi amalan pejabat TPM akan menafikan segala yang dilaporkan oleh rakyat terhadap pemimpin mereka. Rakyat adalah hakim negara, Datuk Ibrahim yang mulia tidak perlu menyuruh rakyat menolak laporann yang kami siarkan. Kamu tahu apa yang kami lakukan dan kami sendiri tidak pernah mengatakan kami adalah wartawan. Bahkan semua krew Pahang Daily tidak pun mempunyai sebarang kelulusan dalam bidang kewartawanan. Maka itu tidak perlu untuk kami mengikuti amalan kewartawan seperti media arus perdana yang lain. Kami berhak menyampaikan maklumat kepada rakyat bagi menangkis segala "pembohongan" dan "penyelewengan fakta" yang dibuat oleh media arus perdana. Kami ucapkah tahniah kepada Sinar Harian kerana ia lebih telus, kritis dan berkarisma dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat. Laporan yang seimbang dan lebih profesional berbanding dengan lain-lain media arus perdana di negara ini. Cuma cadangan kami, agar Sinar Harian memberikan satu ruang khas untuk kolumnis yang lebih fleksible untuk memperkatakan tentang isu-isu semasa tanahair. Ini akan meningkatkan lagi resputasi akhbar berkenaan pada masa akan datang.
**Justeru itu, kami berharap agar para wartawan dan penganalisi politik tidak menajdi seperti Datuk Ibrahim Yahya. Biarlah kita "berpijak dibumi yang nyata" dalam menyampaikan berita kepada rakyat. Memang terkadang ada laporan kami yang tersilap atau dinafikan, namun penafian bukanlah bermakna ia tidak benar atau sebaliknya. Orang yang bersalah juga boleh menafikan beliau melakukan perbuatan salah itu. Orang gila juga akan nafikan dia gila. Maka itu jadilah wartawan yang profesional dalam berkarya. Jangan jadi wartawan yang "pak angguk" dan tidak mampu berani menulis kerana kebenaran dan fakta. Perkara ini banyak dialami oleh sahabat kami yang bertugas dengan media arus perdana. Jiwa dan minda mereka terikat. Jika mereka melaporkan kebenaran pun sudah pasti akan disunting oleh Editor akhbar terbabit dan laporan itu akan dipesongkan kemudiannya. Kami bukanlah wartawan profesional yang ada pelajaran tentang bidang kewartawanan, maka jika laporan kami sesekali tersasar itu dianggap kesilapan yang tidak disengajakan. Tetapi, bagaimana pula dengan wartawan profesional media arus perdana yang sering melaporkan fakta menyeleweng? Tambahan pula setiap kali musim pilihanraya. Apakah mereka tidak berbohong?

0 Comments: