Terbongkar: Manifesto Najib Razak, Benarkah Bakal PM Itu Ahli Koprorat FreeMason Malaysia !!

21 October 2008

Pahangdaily | Satu berita menggemparkan telah berlaku, dan kami sendiri tidak perasan akan isu ini. Ianya berkaitan dengan laporan tentang Manifesto Najib Razak dalam artikel terdahulu. Sungguh, tidak disangka-sangka bahawa dalam maklumat tentang "perkhidmatan sosial" Najib, ada menyebutkan beliau adalah "Ahli Kehormat FreeMason Malaysia" sejak 1980 hingga sekarang. Ramai yang tertanya-tanya, dari manakan maklumat ini diperolehi?. Kami sendiri terkejut dengan maklumat berkenaan. Namun, suka diingat bahawa segala maklumat berkenaan telah dihantar oleh salah seorang puak-puak UMNO sendiri menerusi "database" profail peminpin UMNO yang terdapat di Ibu Pejabat UMNO Malaysia.

Jika benar Najib adalah Ahli Korporat FreeMason Malaysia. Maka ini adalah sesuatu yang harus diberi perhatian dan lebih besar untuk kita perkatakan. Perkara ini amat mengejutkan semua pihak. Namun, kami tidak berani untuk mengiya atau menidakkannya. Hanya pembaca sendiri boleh menilai dan menyiasat perkara ini. Kami hanya menyiarkan salinan asal maklumat berkenaan sahaja.

Maka itu disini sedikit kami huraikan tentang Freemanson dan serta kaitan dengan musuh-musuh Islam dengan identiti yang tersendiri dan sangat-sangat menjijikkan. Maka jika benar bakal PM Malaysia terlibat sebagai Ahli Kehormat FreeMason Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menolak beliau naik. Jika tidak sudah pasti seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam akan berada dalam keadaan bahaya. Sudahlah selama ini kita dirosakkan dengan "Islam Hadhari". Mungkinkah pula selepas ini kita akan ditanamkan pula dengan "Islam Glokal" pula. Sila rujuk dibawah :-

ZIONISME

Tentu sekali anda menyangka Zionisme merupakan gerakan utama yahudi. dewasa ini juga zionisme sering terpampang di media cetak terutama di dada-dada akhbar, pastinya. zionisme merupakan ideologi yang dianuti yahudi dan ada juga dari bangsa lain. Ia mula wujud sejak penulisan buku 'Negara Yahudi' karangan karut Theodore Hertzl. Tujuan utama ideologi sesat ini tidak lain tidak bukan membina Haikal Sulaiman ditapak Masjidil Aqsa sekarang juga menubuhkan Negara Sekular untuk bangsa Yahudi laknatullah. Bersama protokol-protokol yahudi yang hengseng.

BILDERBERG

Joseph Retinger yang merupakan penasihat politik Poland membuat persepakatan dengan putera raja dari Belanda iaitu Bernhard bersama-sama Perdana Menteri Belgium, Paul Van Zoeland. Telah rancak menggiatkan sebuah pertubuhan 'Bilderberg' yang menerapkan kebebasan bersuara dalam muktamar mereka. Bilderberg juga mengatur rencana untuk menguasai Pertubuhan Pakatan Atlantik Utara (NATO), iaitu ketenteraan berpuluh-puluh negara dan mempunyai aset peperangan bernilai berbillion-billion ringgit serta pangkalan tentera di merata-rata wilayah yang boleh diatur bila-bila sahaja. kesimpulannya, Bilderberg memegang jatuh naik sesebuah negara. contohnya, Amerika telah menandatangani perjanjian dengan India untuk membangunkan senjata nuklear. Kesannya, kita akan lihat India sudah sebaris dengan Russia, Perancis, dan Jerman. Tetapi apabila Iran mahu membangunkan kuasa nuklear untuk tujuan keamanan, segera dihalang Britain, Perancis, dan Jerman. Sungguh, Bilderberg benar-benar menguasai dunia melalui Amerika dan Eropah, sedangkan Bilderberg itu sendiri di bawah Zionis. Mudahnya, zionis memegang dunia.

FREEMASON

Bermula 10 Sya'ban 1398H bersamaan 15 Julai 1987 masihi, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah Al-Mukarramah telah mengeluarkan fatwa, kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan 'Freemason'. Impak pertubuhan paling lama bertapak di muka bumi ini menghasilkan implikasi yang benar-benar, paradoksnya. Berhasrat untuk merampas kembali Palestin dari Kristian untuk membina kembali Haikal (Istana) Nabi Sulaiman. Asetnya tidak manimalis, malah akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Namun, selepas zaman Revolusi Eropah pada kurun ke-17 yang merakamkan kejatuhan kerajaan Kristian dan kegemilangan Islam, perhatian terus dihala kepada Islam.Pertubuhan ini dianggotai bangsa Yahudi tulen, persis Ariel Sharon, Ehud Barak, dan lain-lain. Freemason mempunyai beberapa pertubuhan yang dinaunginya serta menggunakan simbol yang sukar ditafsir, seperti matahari, bulan, mata, pyramid. Antara pertubuhan songsang mereka, Illuminati, Pertubuhan B'nai B'rith, Pertubuhan Bahaiyah - menimbalkan keraguan dalam hati umat Islam mengenai agama yang disyiarkan dan dianuti.Pertubuhan Kesaksian Yehova. Gerakan ini amat banyak di Malaysia yang berselindung disebalik Badan Kebajikan Lions Club dan juga Rotary Clubs. Bahkan ramai juga orang Islam yang terlibat dengan gerakan ini atas nama kebajikan untuk menarik perhatian umat Islam.

ILLUMINATI

Secara nyatanya sejarah awal penubuhan Illuminati yang diambil dari makna perkataan Lucifer(Iblis) yang bererti 'pemegang cahaya'. Illuminati ini tidak lain hanyalah satu ideologi yang berperintahkan pemerintahan tunggal yang tunduk pada tuhan(kononnya) mereka, iblis. Illuminati juga menguasai media dengan mengaburi mata dunia dengan perancangan pelbagai peperangan dan revolusi menjadi kunci mereka dapat menguasai negara-negara lain. Dengan kehendak Tuhan, apabila utusan Illuminati membawa dokumen penting untuk revolusi di Perancis, mati dipanah petir diatas kudanya sendiri tika dalam perjalanan dari Frankfurt menuju kota paris. Pihak Polis menjumpai dokumen-dokumen penting Illuminati lalu diserahkan kepada pihak pemerintah.Akhirnya, arahan untuk menutup "Lodges Of The Grand Orient"(sarang sulit pertubuhan Illuminati) berkuat kuasa terhadap semua sarang tersebut di Bavaria.

Diasaskan oleh Adam Weishaupt, seorang Freemason, Yahudi Jerman yang berfahaman Zionis. Beliau merupakan seorang pensyarah di Universiti Ingolstadt, Jerman. Asas segala semangat Zionis bermula dari dasar-dasar Adam Weishaupt. Walaupun begitu, Zionist merupakan musuh kita, tetapi bukan kaum Yahudi. Kita sebagai umat Islam dilarang menghina kaum Yahudi. Ini kerana, isteri Rasulullah S.A.W bernama Safiyah bt. Huyay (Bani Quraizah) keturunan Yahudi dari susur galur Nabi Harun A.S. Kita boleh berkawan atau berkahwin dengan orang Yahudi kerana mereka seperti kita juga. Ramai di kalangan orang Yahudi sendiri menentang Zionis. Bagi mereka, Zionis golongan sesat yang menyembah Lucifer (Iblis). Apa yang penting, kita jangan ikut telunjuk Yahudi Zionis yang ternyata ingin memusnahkan kita. Yahudi Zionis adalah dari keturunan Khazars yang sememangnya menentang agama Islam, agama Kristian dan semua agama di dunia ini.

13 keluarga pendokong Illuminati yang paling berkuasa di dunia sejak berzaman - Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassis, Reynolds, Rockefeller, Rothchild, Russel dan Van Duyn. Mereka menguasai dunia di sebalik tabir. Mereka menguasai ekonomi, kewangan dunia, sistem geopolitik, kelas sosial tinggi, pentadbiran kerajaan, sektor swasta & NGO, pendidikan tadika sehingga ke peringkat universiti (terutamanya Oxford, Cambridge, Harvard, Yale), pentadbiran agama, kumpulan "underground" terancang hampir seluruh negara. Mempunyai jentera dan jaringan yang terluas di dunia merentasi 7 benua 7 lautan. Berasa kaget? Lawat laman ini untuk maklumat lanjut. http://www.bibliotecapleyades.net/bloodlines/

ILLUMINATI DAN FREEMASON

Setelah buku "The Original Writings Of The Order And Sect Of The Illuminati" yang menyingkap kejahatan Illuminati diterbitkan oleh kerajaan Bavaria pada 1786, Weshaupt terus mengerahkan anggota-anggotanya menyusup ke sarang sulit "Blue Masonary". Kesan kemasukan Illuminati ke dalam Freemason menyebabkan hampir 40% daripada ahli-ahli Freemason merosot di Amerika. Ini jelas menunjukkan kedudukan illuminati sebenarnya telas mengatsi Freemason pada hakikatnya namun untuk terus mengaburi mata dunia, hanya namanya diletak dibawah Freemason.

[Kami ucapkan terima kasih atas keperihatinan pembaca berkenaan dengan perkara ini. Maka itu, ayuh bangkitlah rakyat Malaysia terutamanya umat Islam agar rancangan Najib ini tidak diteruskan. Jik aia berlaku juga maka kita akan berada dalam situasi yang sungguh bahaya. Apapun kami masih menjalankan siasatan yang rapi akan perkara ini. Kami juga tidak mengajak anda terus percaya dengan berita ini. Jika tidak benar Alhamdulillah, namun jika benar? Sama-samalah kita ambil iktibar akan perkara ini. Selamatkan Malaysia. TG Nik Aziz pernah mendedahkan keterlibatan ramai pemimpin UMNO dengan pertubuhan ini dulu, sila baca sini untuk maklumat lanjut berkenaan perkara itu].

0 Comments: