Umno Polong, Felda Along, Najib Kelentong

24 October 2008

Tranungkite | Najib Glokal dan arwah bapaknya adalah dua keparat Kelompok Sekular Umno yang bertanggungjawab mencelakakan kehidupan 112,635 orang peneroka FELDA dan 800,000 orang anak cucu cicit mereka sehingga ke hari ini.

Jika Abu Lahab masih hidup, adalah dipercayai dia tidak akan teragak-agak untuk mengisytiharkan Skim Felda sebagai contoh terbaik kejayaan golongan musyrikin mewujudkan satu sistem penghambaan yang paling sofistikated dan kreatif yang pernah diwujudkan oleh para penentang Allah s.w.t di muka bumi ini.

Pastinya yang paling mengharukan Abu Lahab, betapa sistematik dan teraturnya kaedah-kaedah pengabdian yang dipraktikkan oleh Kelompok Sekular Umno di FELDA sehingga majoriti peneroka dan anak cucu cicit mereka merasa amat terhutang budi kepada Kelompok Sekular Umno dan mengabdikan diri memperkayakan Kelompok Sekular Umno dengan tulang empat kerat mereka malah sanggup pula merelakan diri mereka terjebak ke dalam amalan ekonomi jahiliyyah umpama riba dan manipulasi harga komoditi.

Ada juga yang mendapat hidayah dan berusaha untuk keluar dari kepompong jahiliyyah tersebut.. Pelbagai tekanan dan penindasan ditimpakan kepada mereka. Bagaikan rakyat Palestin yang terkepung di Gaza. Ada yang disingkir, ada yang dibunuh dan ada yang diampunkan setelah bersedia untuk dipijak kepala sekali lagi.

Dulu Tun Razak menipu bapak-bapak mereka. Kini anak cucu cicit mereka yang dikenali sebagai ‘generasi kedua Felda’ diperhambakan pula oleh Najib Glokal.

Rupa-rupanya gegak gempita suku sakat Tun Razak dan Najib Glokal selama ini adalah satu kemunafikan yang maha dahsyat.

Saya bukan orang Felda. Walaupun ramai saudara-mara dan kawan-kawan masuk Felda, pastinya keperitan hidup mereka tidak tergambar di fikiran saya.

Namun kini nasib mereka diperjuangkan oleh PAS dan banyak NGO. Nak harapkan Umno? Umno adalah polong yang sebenarnya mereka perlu jauhi.

Nak harapkan pengurusan Felda? Mangkuk ini sememangnya dari awal menjadi alat politik. Sudahlah peneroka menerima bayaran yang lebih rendah dari harga pasaran, segala kos untuk mereka memolong juga disonglap dari penat lelah peneroka.

ANAK atau Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan diterajui Saudara Mazlan Aliman adalah antara NGO yang bersuara lantang dan sangup berhabis wang ringgit dan masa dalam memperjuangkan golongan yang tertindas ini..

Bacalah buku terbaru Saudara Mazlan Aliman yang berjudul ‘Felda… Dulu Tolong, Sekarang Along’. Diterbitkan sendiri oleh ANAK dan dicetak oleh Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd.

Baru benar buku ini di pasaran. Ada perutusan dari Tok Guru Haji Hadi Awang bertarikh 12 Oktober 2008 dan YB Salahuddin Ayub bertarikh 7 Oktober 2008. Harga RM10 senaskhah.

Dengan berpandukan fakta-fakta dari kes-kes mahkamah, laporan akhbar dan dokumen-dokumen kerajaan sendiri, Mazlan berjaya membuatkan saya berasa sebak dan menitiskan airmata tanpa disedari. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana berjurusnya manusia yang bernama Mazlan Aliman ini kerana penceritaannya terlalu halus dan berlemah-lembut walaupun isi ceritanya adalah kekejaman dan kezaliman, penindasan dan perhambaan, kepalsuan dan kemunafikan Kelompok Sekular Umno terhadap para peneroka Felda termasuk dirinya sendiri dan ahli keluarganya.

Betapa dahsyatnya juak-juak Umno memperkuda dan memperbodohkan bangsanya sendiri.

0 Comments: